Tuesday, 8 August 2017

Resepi Overnight Oats Mudah dan Lazat

Hai, korang. Harini saja la nak berkongsi resepi overnight oat cara akak wana. Lama dah nak buat tapi nya tak terbuat² juga. Jadi semalam semangat rajin tu datang dan bahan² memang dah ada pun, makanya terhasillah ia.

Overnight oats simple

Biase la nak mengubah cara makan yang biasa kepada yang sihat ni memang macam² dugaannya. Yang sihat tu biasanya kurang enak di tekak. But its ok its orite, kita kasi belajar..InshaAllah sooner or later benda tu akan jadi biasa la. Nak ngan tak nak je. Akak tak cakap org lain, tuju kat diri sendiri jer. Kuat nau ngelatnya😜

Nah, akak share resepi yer.

Bahan² :

💪Rolled oat ( Guna dia sebab oat ni kalau dicampur air takde la kembang sangat, bukan ape kalau terlalu kembang takut tekak tak terima je😄)

💪Esp Shaklee (tokey shaklee kan, makanye guna la protein yg kita jual. Korang ade protein lain nak bubuh pun ok je)

💪Fresh milk (letak dalam secawan je, beli yg farm fresh tu sbb dia nature n pure dari ladang kan)

💪Chia seed ( bagus sebab ada kalsium dalam dia, sesuai utk diet juga)

💪 Plain yogurt ( beli brand farm fresh gak)

💪 Kismis & Kurma ( saje mix nak bagi manis, kebetulan banyak dalam freeze. Maklumlah org bagi berkotak² masa bulan puasa ritu😁)

💪 Gula melaka (sepatutnya letak la madu, tapi takde madu so hiris la sikit gula ni nk bg rasa manis² buah je😄)

💪 Buah anggur n ceri ( untuk aksesori jer- buah² beri ni kalau mix dalam over night oat memang sedap la. Seeloknya buah² yg tak keluarkan air banyak tau)

Shaklee Manjung

Settle mix semua tadi korang simpan la dalam freeze. Sok pagi boleh dah makan jadikan sarapan. InshaALLAH kenyang dan kejap sikit perut tu sementara nak lunch kan. Opps lupa plak, pastikan korang letak dalam bekas kaca utk dapatkan rasa sejuk yang lama n makan pun sedap je kat tekak yer.

Okey, sekian dulu #resepisihatakakwana untuk #sihatcaraireach . Selamat mencuba.

Pengedar Sah Shaklee
Wana Mohd Tahir | 010-9749611
#shakleemanjung

Tuesday, 1 August 2017

Tawaran Hebat Menanti Bila Mendaftar Keahlian Shaklee Sempena Merdeka.

Assalamualaikum. Hai korang, sempena kedatangan bulan Ogos ni Wana nak kongsikan berita baik untuk semua. Maklumlah bulan merdeka kan? Jadi kepada pengguna setia Shaklee, siapa yang belum mendaftar sebagai ahli Shaklee. Korang disarankan untuk mendaftar segera sebagai ahli tau. 

Pengedar Shaklee Manjung

Bila korang mendaftar sebagai ahli dan membuat pembelian mengikut terma dan syarat, korang layak untuk membeli vitamin C pada harga yang sangat berbaloi. Nanti korang boleh refer poster dibawah yer. Bukan tu aje, pelbagai tawaran hebat sempena bulan merdeka ni. 

Rugi rasanya, kalau korang tak grab tau. Peluang datang tak selalu. Jadi, kita kena lah bijak membuat keputusan yer. Pada yang masih mencari vitamin Shaklee, korang boleh jer hubungi Wana yer.

Wana merupakan pengedar Shaklee bagi kawasan Manjung dan kawasan yang berhampiran. Jika korang berada di luar kawasan Manjung. Jangan risau, perkhidmatan Poslaju akan digunakan untuk menghantar vitamin Shaklee.


Terima kasih.
    
    Wana Mohd Tahir | 010.9749611
Email: cikwana@gmail.com
COD: Batu 6 Caltex|Giant Hypermarket Manjung.


Thursday, 1 June 2017

Keperluan Supplemen Kepada Tubuh Manusia | Penting atau Sampingan

Ramai orang beranggapan bila dah amalkan supplemen, tak perlulah makanan berkhasiat dan senaman. Ini sangat salah. Supplemen adalah keperluan tubuh bagi melengkapkan nutrisi kita yang lopong tu. Meh Saya kongsikan kisah seorang Ibu yang sangat menghargai kesihatan beliau.

Set Kesihatan Optimum
Senaman - Gaya Hidup Sihat

Saya Nur Afizah Binti Shuib, berumur 59 tahun dan bekerja sebagai penjawat awam. Mempunyai 4 orang cahaya mata dan 4 orang cucu.

Daripada zaman saya muda-muda lagi, saya memang mementingkan kesihatan. Macam-macam suplemen yang saya cuba, yang murah yang mahal..Tapi kebanyakkan, tidak menunjukkan apa-apa kesan yang ketara. Saya amalkan produk Shaklee dah 3 tahun lebih. Saya kenal Shaklee daripada anak dan menantu saya.  Alhamdulillah, saya jatuh hati dengan produk Shaklee terutamanya VIVIX!

Saya memang jaga pemakanan, saya kurangkan gula dalam minumam harian. Tapi disebabkan kencing manis dan darah tinggi ni penyakit 'keturunan’, memang tak boleh nak lari mana lah..Check-up di hospital baru-baru ni, menggunakan mesin penimbang elektronik yang baru tu. Apa ntah namanya mesin tu. Happy sangat bila doktor cakap bacaan b/p saya mcm 'anak dara', 120/80.

Tapi dari bacaan mesin tu, doktor inform yang umur dalam badan saya 51 tahun! Memang terkejut lah dengar, walhal umur saya tahun depan dah masuk 60 tahun. Alhamdulillah, awet muda..BMI saya pun normal. Bacaan kencing manis saya pun normal, 6.7 berbanding dengan bacaan 3 tahun dulu, 8.0..Doktor pun dah kurangkan dos ubat kencing manis yang perlu saya makan setiap hari. Lega rasa..smile emoticon

Pernah ada sahabat saya tanya, kat mana saya buat gigi palsu. Teratur cantik je..Hehe, saya kata ni gigi betul. Tak pernah lagi buat gigi palsu. Terkejutlah dia, di usia saya yang nak masuk 60 tahun ni, masih lagi ada gigi kekal yang masih elok. Bagi saya, penjagaan gigi sangatlah penting. Dari saya muda lagi, saya amalkan minum susu setiap hari.

Ini adalah antara vitamin yg saya konsisten ambil setiap hari dengan konsisten. Paling best, saya suka VIVIX. Rasanya dah 12 botol yang saya makan. (saya kongsi makan dengan suami tercinta).

Kulit saya yang dahulunya kusam dan tak bermaya, rasa lebih ceria dan awet muda berbanding sebelum ambil vivix. Memang Best! Bg yang belum tahu, vivix ni bukan sahaja suplemen untuk kesihatan menyeluruh, tapi vivix jugak berfungsi sebagai anti-penuaan.

Pada tahun 2013, saya berpeluang untuk melangkah kaki ke tanah suci Mekah bersama anak dan suami untuk menunaikan Umrah. Alhamdulillah, kesihatan saya baik-baik je kat sana. Tapi, suami saya mengalami athma yang teruk sehingga sampai sahaja di Malaysia, suami saya kena admit di Hospital Sg.Buluh. Doktor mengesahkan suami saya kena jangkitan di paru-paru yang berpunca daripada habuk di Mekah. Berkampunglah di hospital selama 8 hari.

Suami saya ni, memang susah nak makan vitamin melainkan kalau saya ambil dan bagi kat dia, baru dia makan. Tapi, di Mekah kami tinggal di bilik berasingan, sebab tu susah sikit saya nak berkongsi vitamin dengan suami. Alhamdulillah, kesihatan saya baik di sana tanpa demam atau batuk. Vitamin Shaklee saya bawa sekali kesana dan amalkan setiap hari sebelum mengerjakan Umrah.

Produk yang hebat dan berkesan ni, saya kongsikan kebaikan dengan kawan-kawan sepejabat saya. VIVIX the best choice suplemen untuk di amalkan setiap hari. Di tambah dengan vitamin lain seperti Vita-Lea, Vita C Plus dan Omega, kesihatan saya bertambah baik.

Bagi anak-anak yang tak tau nak bagi hadiah apa kat mak abah anda, boleh la hadiahkan sebotol VIVIX ni setiap bulan.

Penjual Shaklee Lekir


TESTIMONI 47 : NUR AFIZAH BINTI SHUIB

Jika anda masih mencari supplemen yang selamat, semulajadi dan berkesan, korang boleh hubungi Saya seperti di alamat tertera di bawah.

Wana Mohd Tahir | 010.9749611
Email: cikwana@gmail.com
COD: Batu 6 Caltex|Giant Hypermarket Manjung.

Wednesday, 24 May 2017

Keistimewaan Shaklee | Korang Kena Tahu

Hari ni Saya nak share la dengan korang kenapa Saya sayang sangat dengan Shaklee ni. Apalah yang istemewanya Shaklee ni. Korang kena baca okay kat bawah ni keistimewaannya.

KEISTIMEWAAN SHAKLEE
=====================

Shaklee bermula pada tahun 1956, bermakna sudah 60 tahun Shaklee bertapak di dunia ni. 
60 tahun kekal dan kukuh di Amerika Syarikat dan lebih 30 tahun kukuh di Malaysia.

Beberapa sebab yang cukup untuk anda tak ragu-ragu memilih product Shaklee.

1) Product Shaklee diiktiraf sebagai makanan, bukan ubat. 
Produk nutrisi Shaklee diiktiraf oleh kerajaan Amerika Syarikat sebagai makanan. Banyak syarikat pemakanan yg lain dianggap syarikat ubat

2) Semua produk Shaklee diuji secara klinikal oleh 3rd party dan terbit dlm jurnal-jurnal kesihatan anatarabngsa.
Shaklee mempunyai produk mereka sendiri yg diuji secara klinikal oleh sumber-sumber luar yang tidak berat sebelah (seperti Universiti Yale dan Harvard University) memberikan bukti saintifik bahawa produk-produk terurai dan digunakan oleh badan anda. Beratus-ratus ujian ini diterbitkan dalam jurnal-jurnal pemakanan dan perubatan seperti:

a. The American Journal of Clinical Nutrition 
b. The Journal of Nutrition 
c. Jurnal Persatuan Dietetik Amerika 
d. Journal of Applied Physiology
e. American Journal of Cardiology 

3) Shaklee mempunyai kajian sendiri dan makmal pembangunan di Hayward, California, dan makmal kedua dibangun bersamaan dengan Universiti Stanford di Palo Alto, California.

4) Shaklee mempunyai kilang pembuatan produk yang tersediri, yg terletak di di Norman, Oklahoma.
Syarikat vitamin yang lain kebanyakan hanya membeli vitamin mereka dari pusat makmal dan meletakkan label mereka sendiri pada product.

5) Lebih 100,000 ujian kualiti dijalankan setiap tahun yang merangkumi 23000 ujian berasingan untuk ketulenan dan keselamatan dilakukan ke atas bahan-bahan untuk satu produk.
Semua tuntutan produk Shaklee telah mendokumentasikan bukti. Produk menjalani sebanyak 80000 ujian jaminan kualiti yang berasingan sepanjang proses pembuatan.

6) PRODUK Shaklee ADALAH 100% DIJAMIN!
Shaklee memegang prinsip Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam. Berjuta penduduk dunia telah merasai keberkesanan Shaklee bukan hanya di Malaysia tapi juga di Singapore, Indonesia, Kanada, China, US, Jepun, Mexico dan Taiwan.

So korang, dah tahu kan kenapa Saya sayang dan suka sangat dengan produk Shaklee, I do hope korang yakin dengan Shaklee now and onwards yer.

Founder Shaklee Miraculous I,
Wana Mohd Tahir
010.9749611

Tuesday, 23 May 2017

Jatuh Terduduk Dalam Bilik Air Sembuh Selepas Mengamalkan Kolagen Daripada Sumber Kerangan Laut Terbaik

Apa perasaan anda bila terseliuh, kemudian jatuh terduduk dalam bilik air. Pasti rasa terkejut dan takut . Betul tak.?
Set Sendi Shaklee

Begitu lah yang terjadi pada saya . Dua kejadian lain hari. Lain masa tetapi pada bulan yang sama. Bulan lepas kan musim hujan. Jadi kerap ulang alik ke dapur. Yelah kan seharian hujan. anak-anak pula kejap-kejap nak susu..kejap2 masuk bilik air, pastu lapar balik.

Tak senang duduk melayan 3 beradik ni. Husna pulak baru belajar tak gunakan pampers. Jadi tumpu pada dia lebih. Huzaifah pula ada permainan baru. Suka buka tutup peti ais. Habis berkecah dia main air. Apa lagi.. tengah terkedek-kedek Kak Ita jalan ke dapur, terpelecok lah, tak perasan ada air. Nasib baik tak jatuh gedebuk. Selawat banyak-banyak. Nak marahkan Huzai dia apa tau kan. 

Terkejut sebab kaki terpelecot. Cepat-cepat saya sapu krim Herbal Blend. Risaunya hati hanya Allah sahaja yang tahu. Kejap-kejap tengok kaki ada kesan bengkak atau biru. Alhamdulillah tak ada apa-apa. Cepat-cepat saya ambil Vivix dan terus bancuh dengan kolagen. Alhamdulillah. Bangun pagi esoknya tak ada bengkak dan sakit kaki.

Selang beberapa hari saya jatuh terduduk pulak dalam bilik air. Licin sebab air dari basuhan mesin basuh. Entah macam mana fikiran melayang masa tu. Agaknya lupa nak baca doa masuk tandas pun iyer juga.

Dipendekkan cerita, pinggang dan perut saya sakit akibat kesan terjatuh tu, saya sapu minyak panas di bahagian yang sakit dan minum Vivix campur kolagen. Setiap hari saya minum 2 kali . Pagi dan malam. Dan sebelum tidur, saya makan Ostematrix 5 biji setiap hari. 

Alhamdulillah sakit pinggang dah hilang, tiada apa-apa yang saya takutkan terjadi. Tetapi haid saya pula keluar terlampau banyak. Bila ke klinik doktor kata takde apa-apa , mungkin sebab hormon. Dalam masa sama saya pergi berurut . Mak bidan kata peranakkan saya turun sikit,  Lagipun memang setiap 3 bulan saya akan berurut badan di kampung. Alhamdulillah semua nya baik-baik dan tiada apa yang perlu saya risaukan. 

Dalam masa yang sama tekanan darah tinggi saya pun stabil. Maklumlah bila dah masuk umur 40-an ni semua nak kena jaga. Lebih-lebih lagi bab kesihatan ni. Mungkin ramai tak tahu bahawa kolagen Shaklee sangat bagus untuk sendi juga. Bukan hanya untuk cantik semata mata tau. 

Bagi mereka yang mempunyai masalah sakit lutut atau sendi boleh cuba amal minum kolagen Shaklee dan Ostematrix,  rasakan perbezaannya.

Mengapa dan bagaimana Kolagen Shaklee untuk sendi?

Kolagen Shaklee mempunyai unsur ekstrak kerangan laut yang mana ia mengandungi glucosamine yg bantu membuat bendalir sebagai pelincir sendi.

Manakala Vivix pula membantu memperbaiki sel-sel badan kita. Memang terbaik lah setiap suplemen Shaklee . Pelbagai jenis dan setiap satunya mempunyai khasiatnya tersendiri.  

Set Sendi Shaklee

Kita usaha untuk ke arah yang lebih sihat. Shaklee sahaja satu-satunya supplement brand yang terbukti berkesan melalui Landmark Study.

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 
TESTIMONI 6 : SITI ROZITA OTHMAN

Moga perkongsian kali ni dapat bantu korang untuk selesaikan masalah berkaitan sendi ye. Ingat, kalau pernah jatuh jangan tanggung untuk dirawat. Cepat- cepat ikhtiar untuk sembuh tau.

Jika korang nak dapatkan vitamin macam Puan Siti Rozita ni, korang boleh klik order dibawah ni yer.

Order Untuk Set Sendi


Wana Mohd Tahir | 010.9749611
Email: cikwana@gmail.com
COD: Batu 6 Caltex|Giant Hypermarket Manjung.

Monday, 22 May 2017

Resepi Brownies Kedut Kegemaran Khyranaeem

Assalamualaikum. Harini Wana cuti. Dah lama sangat nak makan brownies. So hari ni kita pun buatlah brownies kedut katanya. 

Brownies Kurang Manis
Kedut's Brownies Khyranaeem

Ni percubaan kali kedua la. Yang mula dulu buat guna bahan yang ada je. So rasanya pun sekadar saja la. Meh la nak share resepi dengan korang. Resepi ni pun Wana ambik dari sideline Shaklee Wana yang rajin sangat bab masak-masak ni.

Tips nak dapatkan brownies sedap ni, kita kena guna coklat compound yang mahal tu. Serius makan coklat tu gitu pun dah rasa kesedapannya. Belum lagi jadi brownies kan.

Wana gunakan dark coklat dari brand beyril's. Harga pun boleh tahan sekarang ni. Ni sebab teringin nak makan kasi puas la kononnya. Tu yang cari jugaklah. 

Best bila buat kek ni, anak-anak lah yang paling suka.☺sebab mama dorang memang jarang sangat membaking ni. Kebetulan harini cuti dan rasa nak buat tu yang terus je cari bahan dan buat. Kiranya theraphy session la baking ni. 

Okey meh Wana share resepi brownies dengan korang nak. Doakan tuan yang share resepi ni dimurahkan rezeki ye. ( Dr Najihah Abdul Mutalib). Satu yang Wana suka brownies ni kurang manis tau.

Step 1

Bahan²:

400gm coklat compound beryl's
150gm unsalted butter ( nak guna yang salted pun boleh)
4 biji telur
170gm brown sugar 
100gm tepung kek
Esen vanilla 
Coklat chips
30gm serbuk coklat


Step 2

Mix coklat compound, butter dan double boiler atas dapur. Dalam bekas lain, mix brown sugar dan telur kemudian masukkan esen vanilla 1 penutup. Kemudian pukul guna whisk.

Step 3

Ayakkan tepung dan serbuk koko. Once dah larut coklat  compound tadi. Mix kan dengan sugar tadi. Last baru masukkan sikit-sikit tepung tadi.Kacau rata ye.

Step 4

Panaskan oven 15 minit sebelum nak masukkan loyang brownies pada suhu 160°c. Sebelum tu loyang tadi kena lapiskan dengan kertas minyak yang telah disapu butter. 

Step 5

Tuangkan adunan brownies didalam loyang kemudian masukkan ke dalam oven dan bakar selama 30-35 minit. Untuk kedut pula, bila dah ting bunyi oven tu, korang buka sikit penutup oven tadi dan biarkan selama 15 minit macam tu. Taddaa nampaklah kedut tu nanti☺

Selamat mencuba korang. Nanti dah buat dan makan ingat² lah Wana yer☺





Sunday, 21 May 2017

Why I Shaklee ?

Hai korang, harini nak share la dengan semua 'Why I Shaklee?'. Kenapa Wana pilih Shaklee. Semuanya bermula dengan kisah tapak kaki yang sakit je. Tapi tak sangka pula sampai boleh jadikan Shaklee sebagai pendapatan kedua. Serius cakap, Wana dah tak boleh 'move on' la dengan Shaklee ni.

Pengedar Shaklee Manjung
Suasana Perkampungan di Jepun

Shaklee dah jadi sebahagian dari passion Wana tau. Ditambah pula dengan support group dari upline dan superupline yang Wana dah anggap macam kasih ibu pada si anak. Dorang ni memang superb Mentor la bagi Wana. Soon group naugan Wana 'Shaklee Miraculous I' juga boleh jadi sebaris dengan group upline dan superupline Wana. 

Nak share la dengan korang salah satu incentive trip yang Shaklee reward pada leader- leader kami dalam iReach baru-baru ni iaitu trip ke Jepun. Aduh, serius bila tengok kiriman gambar dari superupline Wana yang layak ni terus menitik air mata. Takde yang mustahil bila kita sungguh- sungguh naknkejar impian kita dalam Shaklee. Segala penat lelah dibalas bila join trip ni.

Tapi sebelum nak dapat kita memang perlu work harder la. Dalam Quran, Allah SWT sendiri dah bagitahu, siapa yang berusaha mereka pasti dapat hasilnya. ( Maaf ayat tunggang terbalik tapi maksudnya siapa yang lebih usahanya Allah mesti bagi ganjaran setimpal)
Penjual Shaklee Manjung Aktif
KakMa Leader Penyayang Founder OMS Group

Ni cerita dari superupline Wana, masa dorang pergi memang dah habis strawberi. Tapi Shaklee dah mintak untuk diorang disana tanam 2 petak Strawberi khusus untuk delagasi Shaklee dari Malaysia yang akan datang bulan Mei 2017. Dan untuk pengetahuan korang delegasi Malaysia dah selamat sampai pun ke Malaysia semalam. 

Pengalaman delegasi Shaklee yang layak incentive trip Jepan bagitahu dorang bukan tourist tapi traveller. Bayangkan dorang juga dapat berjumpa dengan pencipta Nutriferon yang usianya mencecah 100tahun. Banyak sangat kelebihan bila menyertai Shaklee ni. Nikmat mana lagi yang hendak didustakan.

Pengedar Shaklee Manjung
Jelitawan iReach Group Mengenakan Yukata

Wana yakin dengan Shaklee apa yang kita impikan InshaAllah dipermudahkan. Secara tak langsung kita turut belajar tau dalam Shaklee ni. Bisnes yang boleh buat kita bantu orang diluar sana untuk selesaikan masalah kesihatan mereka. InshaAllah produk Shaklee bukan sahaja berkesan tapi selamat. Dan lagi best sistem bonus Shaklee setiap 15hb juga dipaten dan tak sama dengan company lain. 

Dari segi keberkesanan produk, jangan gusar kerana ianya telah dilakukan kajian oleh saintis-saintis terlatih. Kajian yang lengkap dengan Landmark Study itu bukan dikaji setahun dua tetapi bertahun-tahun lamanya sebelum sesuatu vitamin itu dipasarkan. Menurut Master susur galur Wana lagi. Shaklee nak proses vitamin bukan guna sebarangan mesin tapi mesian yang menggunakan kuasa graviti semata-mata ingin menjaga tahap semulajadi vitamin itu daripada tercemar. Best kan?

Pengedar Shaklee Manjung
Vivix dan Salji Jepun

Jika korang kat luar sana masih tercari-cari peluang untuk menambah pendapatan dan nak jana income infiniti. Shaklee ada jawapannya. Shaklee ada jalan untuk kita realisasikan impian kita. Korang boleh hubungi Wana untuk tahu lebih lanjut okay.☺

Founder Miraculous Team,
Wana Mohd Tahir
010.9749611